BAYAR DENDA ‘CASH’ TIDAK DIBENARKAN

Bicara Jenayah: Bayar Denda ‘Cash’ Tidak Dibenarkan

Hampir kesemua Mahkamah sekitar Malaysia tidak lagi menerima bayaran denda melalui wang tunai. Bayaran hanya diterima melalui penggunaan kad debit bagi memudahkan proses pembayaran dan penyelenggaraan sistem rekod kewangan.

Jadi pastikan anda membawa kad debit sekiranya berdepan dengan denda di Mahkamah.

Dan saya juga nasihatkan untuk anda TINGKATKAN HAD PEMBAYARAN/PEMBELIAN, sehingga sama atau lebih dari nilai denda yang boleh dikenakan bagi kes masing-masing. Ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan dan kejadian melebihi had pembayaran harian.